“Mohon sama2 tolong doakan untuk Ustaz Kazim…” – Ustaz Haslin


Terdahulu, ramai yang sedia maklum mengenai tahap kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias, yang tidak menentu dan sering kali terpaksa dikejarkan ke hospital.

Dalam perkongsian di Facebook Ustaz Kazim baru-baru ini, memaparkan penceramah itu kini berada di hospital untuk menjalani proses angiogram.

Ustaz Kazim mahu kenal pasti penyakit
Proses angiogram merupakan prosedur yang dilakukan dengan bantuan sinar-X untuk memperlihatkan salur darah arteri dan vena bagi mengenal pasti punca penyakit beliau.

Ia digunakan untuk mendiagnosa salur darah pada kawasan badan yang merangkumi otak,leher, jantung, paru-paru, abdomen, ginjal, pelvis, tangan dan kaki.

Tolong doakan untuk ustaz Kazim
Malah berita itu juga dikongsikan rakan dakwahnya, Ustaz Haslin Baharim, meminta agar orang ramai menitipkan doa agar urusan sahabatnya itu dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan
Dalam pada itu, rata-rata pengikut serta kenalan Ustaz Kazim, mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan berharap agar pendakwah kesayangan ramai itu diberi kesembuhan.

Doakan ustaz Kazim segera sembuh
Macam2 dugaan ustaz Kazim
Moga kembali sihat ustaz
Diharapkan, segala urusan rawatan ustaz Kazim berjalan dengan lancar dan diberi kesembuhan agar dapat meneruskan aktiviti dakwahnya.