Mukhriz Mahathir akui anak & menantu ditahan langgar SOP di pusat hiburan


 Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan seorang anak orang kenaman negara telah ditahan di sebuah pusat hiburan dan dikenakan kompauan sebanyak RM1,000 kerana melanggar perintah PKPP.

Mengaku anak menantu ditahan

Terbaru menerusi Bernama, anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Seri Muhkriz Mahathir telah mengakui bahawa anaknya dan menantu merupakan individu yang ditahan pihak berkuasa pada malam Sabtu tempoh hari.

Dah beri teguran

Menurut Mukhriz beliau sudah pun berpesan kepada anak-anak agar tidak melanggar PKPP namun perkara sudah berlaku dan mereka juga telah diberi teguran daripada pihak polis.

“Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini, memanglah rasa kecewa (tetapi) perlanggaran itu tetap berlaku.”

“Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

Walau bagaimanapun, Mukhriz mengucapkan tahniah dan  berterima kasih khususnya PDRM Kuala Lumpur yang tegas dan mengambil tindakan secara adil dan saksama dalam pematuhan PKPP tanpa berlaku pilih kasih kepada mana-mana pihak.


Sumber: Bernama